My Add

Saturday 6 October 2012

Rejimen Pakar Penerbangan Awam Askar Wataniah bakal ditubuhkan

IPOH, SABTU, 06 Oktober, 2012: Kerajaan akan menubuhkan satu lagi elemen pakar dalam Askar Wataniah iaitu Rejimen Pakar Penerbangan Awam sebagai benteng pertahanan kedua negara di lapangan terbang sekiranya keadaan memerlukan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit pakar terbaharu itu dijangka dapat diwujudkan pada tahun ini dengan kerjasama daripada Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airports Holdings Bhd.

"Semua lapangan terbang akan digalakkan untuk menubuhkan platun Askar Wataniah di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena lawatannya ke Pusat Latihan Askar Wataniah di sini malam tadi. - UTUSAN

1 comment:

  1. Sangat setuju kerana AW telah ada elemen pakar pengendali pelabuhan, bekalan air,landasan keretapi, janakuasa dan komunikasi. Diharap hasrat ini akan segera menjadi kenyataan.

    ReplyDelete