My Add

Thursday 4 October 2012

Pinewood Studio jana RM2.2b

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
NUSAJAYA, RABU, 03 Oktober, 2012: Anggaran RM2.2 bilion bakal dijana oleh industri perfileman dan produksi televisyen apabila Pinewood Iskandar Malaysia Studios (Pinewood Studio) mula beroperasi pada Mei depan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kewujudan studio terbesar di rantau Asia di kawasan seluas 20 hektar itu akan mewujudkan peluang luas kepada pembikin filem dan stesen televisyen untuk memproses produksi mereka di studio tersebut.

Beliau turut menyatakan keyakinan kewujudan studio tersebut bukan sahaja menjadi tarikan kepada pembikin filem tempatan malah penerbit luar negara berikutan kemudahan, infrastruktur serta pelbagai insentif yang diberikan kerajaan.

“Sebagai insentif terutama kepada para pembikin filem secara kecil-kecilan, pihak kerajaan menerusi Perbadanan Filem Nasional (Finas) akan mengenakan pengecualian cukai atau mengurangkan cukai ke atas pengusaha terbabit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment