My Add

Wednesday 17 October 2012

JPPK lulus hampir RM40 juta bantu sekolah agama di Kelantan

BACHOK, RABU, 17 Oktober, 2012: Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) meluluskan peruntukan hampir RM40 juta untuk membantu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Kelantan sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Makhtar Mustapha berkata, setiap SABK disalurkan bantuan sebanyak RM140,000 manakala SMKA menerima RM200,000 bagi melaksanakan pelbagai infrastruktur pendidikan yang diperlukan.

"Ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan memberi perhatian penuh terhadap pembangunan pendidikan Islam di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Cabaran Ekstrem Amali Islam Peringkat Antarabangsa di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment