My Add

Wednesday 17 October 2012

Scorpene diselenggara dan beroperasi dengan baik

KOTA KINABALU, RABU, 17 Oktober, 2012: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menegaskan sekali lagi bahawa kapal selam Scorpene diselenggara dengan baik dan mampu beroperasi dalam mengawal keselamatan negara.

Malahan sudah banyak operasi menggunakan kapal selam itu dilaksanakan di bawah arahan beliau, katanya.

Menurutnya, beliau kecewa dengan pelbagai dakwaan tidak betul terhadap kapal selam negara itu.

``Saya seru dakwaan yang tidak benar ini dihentikan," katanya kepada kumpulan media yang dibawa melawat pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada Ahad dan Isnin lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment