My Add

Saturday 27 October 2012

Kebocoran kabel lama punca lampu KKIA tidak berfungsi

KOTA KINABALU, JUMAAT, 27 Oktober, 2012: Kebocoran kabel lama dikenal pasti menjadi punca lampu landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tidak berfungsi.

Difahamkan kabel usang berkenaan belum digantikan oleh kontraktor yang terlibat dalam projek penyelenggaraan menaik taraf KKIA yang dipercayai melibatkan kos lebih RM1 bilion.

Pengurus Kanannya, Kamaruzzaman Razali berkata, bagaimanapun masalah itu telah diatasi apabila pihaknya bertindak menggantikan kabel usang berkenaan dengan segera.

"Ekoran itu, pada masa ini KKIA telah dapat beroperasi 100 peratus termasuk pada waktu malam," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment