My Add

Sunday 21 October 2012

Jumlah graduan UTeM melonjak 24 peratus

 MELAKA, SABTU, 20 Oktober, 2012: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya melonjakkan bilangan graduannya yang menerima anugerah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Kelapan UTeM hari ini sebanyak 24 peratus tahun ini iaitu 1,862 berbanding 1,502 graduan pada tahun lalu.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,365 merupakan graduan ijazah sarjana muda, 317 graduan diploma, 178 graduan Sarjana dan dua merupakan graduan doktor falsafah (Ph.D).

Menurutnya, ia merupakan satu pencapaian yang tinggi bagi sebuah universiti yang baru berusia 11 tahun dan masih menitikberatkan kualiti pencapaian akademik pelajar yang memasukinya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment