My Add

Thursday 4 October 2012

Kepesatan ekonomi Jepun jadi inspirasi kepada Malaysia
*TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah berkenan membuat kunjungan negara ke atas Maharaja Jepun, Maharaja Akihito dan Maharani Michiko pada istiadat sambutan rasmi di Imperial Palace, Tokyo, semalam. - BERNAMA
TOKYO, 03 Oktober, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kedudukan tersohor Jepun di kalangan komuniti antarabangsa terus menjadi inspirasi kepada Malaysia.

Seri Paduka bertitah keindahan bumi sakura yang kaya dengan budaya sentiasa menjadikan Jepun sebuah negara yang menarik untuk dikunjungi.

Baginda turut menyatakan rasa kagum dengan keunikan pembangunan, kemajuan teknologi dan kemodenan negara matahari terbit ini.

"Meskipun rakyat Jepun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran berikutan bencana gempa bumi yang melanda Timur Laut Jepun pada tahun lepas, beta yakin dan percaya bahawa Jepun akan terus kekal berdaya saing dan teguh sebagai antara negara yang terunggul di dunia," titah baginda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment