My Add

Saturday 27 October 2012

Kerajaan Selangor beri kelulusan 


*R. Nadarajah (duduk kiri), Kenneth Eswaran (duduk tengah) dan S. Samy Vellu pada sidang media berikutan cadangan pembinaan kondominium mewah 29 tingkat di tapak Kuil Batu Caves dekat Kuala Lumpur semalam. - Utusan/ AzlanHadi Abu Bakar

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
 dan NORHIDAYU MOHD. HASSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Pengerusi Gerakan Selangor, Senator Datuk Kohilan Pillay menafikan projek pembinaan sebuah kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Subramaniam di Batu Caves di sini telah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2007.

Menurutnya, hanya kebenaran merancang diberikan kepada pemaju berkenaan oleh kerajaan BN ketika itu tanpa menerima sebarang data terperinci tentang projek yang bakal dilaksanakan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ketika itu berkata, pihak majlis akan memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang bercadang melaksanakan pembangunan namun perkara itu perlu disusuli data terperinci termasuk data infrastruktur bangunan, zon kawasan dan sebagainya.

"Namun selepas BN tewas di negeri itu, segala kelulusan projek terbabit dikeluarkan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melalui Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu pada 26 Jun 2008," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan satu protes aman di pekarangan kuil berkenaan hari ini.

Antara yang hadir bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu; Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dan Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A.Chandrakumanan.

Presiden Kuil Maha Mariaman Batu Caves, Datuk R. Nadarajah dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MICCI), Datuk Kenneth Eswaran.

Sehubungan itu, kata Kohilan, kerajaan negeri harus bertanggungjawab terhadap projek berkenaan kerana kelulusan dikeluarkan setelah pakatan rakyat mengambil alih Selangor.

"Malah kelulusan pemasaran dan jualan unit kondo itu juga dikeluarkan pada Julai lalu," katanya.

Sementara itu, Chandrakumanan berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jangan cuba 'berdrama' untuk melepaskan diri dengan berterusan menyalahkan kerajaan terdahulu dalam perkara tersebut.

"Jangan cerita tentang tahun 2007, sekarang kerajaan pakatan yang berkuasa di Selangor, bukan mudah untuk menggunakan kuasa untuk membatalkan sahaja projek itu?

"Mengapa cuba untuk mempolitikkan isu itu? Isu ini bukan isu politik. Jika selama ini kerajaan negeri boleh bertindak tegas dengan projek Langat 2, mengapa dalam perkara ini mereka cuma mahu memberi pelbagai alasan," katanya.

Mengulas lanjut, Chandrakumanan berkata, sekiranya kerajaan negeri berterusan memberikan alasan dan meluluskan projek tersebut, rakyat terutamanya kaum India pasti akan bangkit menentang.

"Ini adalah kawasan kuil, bukan tempat untuk sebarang pembinaan projek mewah bagi mengaut keuntungan komersial, tolong jangan bermain dengan sentimen masyarakat India," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment