My Add

Saturday 27 October 2012

MAPIM perlu RM16 juta bina hospital di Gaza

*PENGARAH Urusan Rabbani, Mohd. Asri Ubaidullah (dua dari kiri) menerima replika pelantikan Rabbani sebagai duta daripada Mohd. Nazri Sahat (kanan) sambil disaksikan Ahmad Maslan pada sidang akhbar sempena Majlis Makan Malam Amal Hospital Untuk Gaza di Petaling Jaya, baru-baru ini.

PETALING JAYA, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memerlukan sebanyak RM16 juta bagi membina sebuah hospital di Gaza, Palestin dalam misi membantu rakyat di negara bergolak itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, projek tersebut disasarkan siap tahun ini tetapi terpaksa ditangguh kerana dana tidak mencukupi.

"Kerajaan sentiasa menyokong penuh usaha pertubuhan bukan kerajaan melaksanakan projek seperti itu termasuk yang dijalankan oleh MAPIM dan kumpulan nasyid Rabbani,'' katanya dalam sidang akhbar Majlis Makan Malam Amal Hospital Untuk Gaza dekat sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Mohd. Nazri Sahat; Ketua Biro Antarabangsa MAPIM, Mustapa Mansor dan kumpulan nasyid terkenal tanah air, Rabbani.

Sementara itu Mohd. Nazri berkata, dana yang dikumpul setakat ini berjumlah RM600,000 dan pihaknya menyasarkan projek hospital itu siap pada 2017.

Dalam majlis berkenaan , MAPIM turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kumpulan Rabbani yang dilantik sebagai duta 'Hospital Untuk Gaza'.

Sementara itu, Rabbani dengan kerjasama MAPIM akan mengadakan majlis makan malam pada 26 Januari tahun depan bagi mengumpul dana untuk membina hospital itu.

Maklumat lanjut mengenai program itu boleh hubungi talian 03-62721225. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment