My Add

Monday 15 October 2012

KL jamin bantu pembangunan ekonomi di Mindanao: Najib

MANILA, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan menyokong pembangunan ekonomi di kawasan konflik di Selatan Filipina sejajar dengan pemeteraian pelan damai antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) hari ini.

Najib berkata demikian dalam kenyataan bersama selepas pertemuan empat mata antaranya dengan Presiden Benigno Aquino sempena pemeteraian pelan damai itu sini, hari ini.
“Kerajaan Malaysia tetap memberi sokongan kepada kerajaan Filipina untuk menjayakan program pembangunan sosioekonomi yang dirangka untuk menggerakkan peluang ekonomi dan pekerjaan di Mindanao," kata kenyataan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment