My Add

Monday 15 October 2012

Pengambilalihan Batavia Air oleh AirAsia dibatalkan

JAKARTA, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Pengambilalihan PT Metro Batavia, pemilik syarikat penerbangan yang menghadapi masalah, Batavia Air, oleh syarikat penerbangan tambang rendah berpangkalan di Malaysia, AirAsia Bhd, dan rakan Indonesianya, Fersindo Nusaperkasa, telah dibatalkan.

Pengarah Komersil Batavia Sukirno Sukarna, yang mengesahkan pembatalan itu, berkata syarikat itu gagal mencapai satu persetujuan dengan AirAsia dan Fersindo.

Hari ini, akhbar berbahasa Inggeris "The Jakarta Post" memetik Sukirno sebagai berkata bahawa AirAsia dan Fersindo dijangka mendedahkan butiran perundingan yang gagal itu hari ini.

AirAsia dan Fersindo telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat penerbangan domestik itu pada akhir Julai untuk membeli PT Metro Batavia, yang termasuk sekolah penerbangannya, pada harga AS$80 juta (RM256 juta).

Mengikut MoU itu, AirAsia akan memiliki 49 peratus Metro Batavia manakala Fersindo akan memegang baki 51 peratus bagi memenuhi peraturan pemilikan Indonesia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment