Laman blog lucah pelajar Malaysia dinyah aktif
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati laman blog lucah milik dua rakyat Malaysia termasuk seorang daripadanya pelajar sebuah universiti di Singapura, yang memuat naik gambar-gambar mereka ketika melakukan seks baru-baru ini, telah dinyah aktif sejak kelmarin.
Ketua Pengawal Kawal Selia dan Pengawasan SKMM, Datuk Jailani Johari berkata, sehubungan itu, pihaknya tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap mereka.
"Kita dapati laman blog tersebut telah dinyah aktif mereka yang dipercayai disebabkan kesedaran diri masing-masing di atas kesilapan mereka (memuat naik gambar dan video aksi lucah). Selain itu, perbuatan tersebut hanyalah untuk suka-suka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, SKMM juga setakat ini belum menerima laporan atau aduan daripada pihak tertentu yang mendesak supaya tindakan diambil terhadap Alvin Tan Jye Yee, 24, dan teman wanitanya, Vivian Lee,23. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment