My Add

Sunday 7 October 2012

Lebih 1,600 jururawat dari kolej swasta akan sertai hospital kerajaan

KUALA LUMPUR, SABTU, 06 Oktober, 2012: Seramai 1,681 jururawat dari kolej kejururawatan swasta akan diambil untuk berkhidmat di hospital kerajaan pada akhir tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini bilangan pengambilan itu adalah sedikit sahaja iaitu satu peratus jururawat dari kolej swasta bagi setiap 3,000 pengambilan.

Menurut beliau, pengambilan kali ini bertambah bagi menampung kekurangan jururawat di hospital kerajaan selain permohonan yang tinggi dari kolej swasta.

Tiong Lai berkata, menurut rekod Kementerian Sumber Manusia, bilangan pemohon bagi jawatan jururawat meningkat daripada 2,500 orang tahun lepas kepada 5,000 permohonan baru-baru ini.

"Setiap tahun kita akan mengambil bilangan ini sehingga pada tahun 2015 kita akan mempunyai lebih kurang 6,726 jururawat daripada kolej swasta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kejururawatan Bencana sempena Persidangan Kejururawatan Malaysia-Singapura ke-17 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment