My Add

Wednesday 24 October 2012

Lebih 2.58 juta pekerja asing berdaftar di negara ini: Hishammuddin

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Oktober, 2012: Lebih 1.58 juta pekerja asing berdaftar untuk bekerja di negara ini sehingga Julai lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, jumlah itu mewakili pekerja asing yang digaji secara sah dan mempunyai Pas Lawatan (Kerja Sementara) dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.
"Indonesia adalah antara lima negara tertinggi pekerja asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dengan 767,590 orang diikuti Nepal sebanyak 279,421 orang, Myanmar 137,784 orang.

"Bangladesh 134,148 orang dan India seramai 91,222 orang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang bertanya mengenai jumlah pekerja asing di Malaysia pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu dalam satu sidang akhbar di Bangunan Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, rakyat Indonesia perlu masuk secara sah jika mahu mendapat perlindungan sewajarnya apabila bekerja di Malaysia.

"Bila pekerja ini berdaftar, mudah bagi kita memberi perlindungan kepada mereka berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment