My Add

Friday 26 October 2012

Lelaki Malaysia ditahan seludup dadah di Makassar

*BEBERAPA pegawai kastam dan polis Indonesia menunjukkan lelaki Malaysia (dua dari kiri) bersama dadah yang cuba diseludup di Lapangan Terbang Bandara Sultan Hasanuddin Makassar, Indonesia, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Tertarik dengan ganjaran berjumlah RM5,000, seorang lelaki Malaysia sanggup mengambil risiko menyeludup dadah jenis ekstasi dan syabu bernilai RM1 juta ke Indonesia.

Upah lumayan itu bagaimanapun tidak berbaloi kerana dia terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di penjara di Makassar, Indonesia setelah dicekup di Lapangan Terbang Bandara Sultan Hasanuddin, Makassar pada Jumaat lalu.

'Keldai dadah' dikenali sebagai Muhammad berusia 30-an itu ditangkap pada pukul 6.15 petang sebaik sahaja tiba di lapangan terbang berkenaan menaiki penerbangan tambang murah dari Kuala Lumpur. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment