My Add

Thursday 25 October 2012

Malaysia di tempat ketiga jenama "Future Fifteen"

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Malaysia berada di tempat ketiga dalam kalangan negara-negara "Future Fifteen" yang sedang dalam usaha mentransformasikan landskap ekonomi, politik dan budaya global dalam tahun-tahun mendatang.

Dalam edisi kelapan Indeks Jenama Negara Tahunan (CBI), FutureBrand, perunding jenama global itu berkata yang "Future Fifteen" mengiktiraf Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai pelopor di kalangan jenama negara peneraju, diikuti dengan Chile. 

Laporan memetik contoh yang kecenderungan UAE dalam memanfaatkan sumber aslinya yang banyak dan mengamalkan dasar dan pelaburan kerajaan dengan cemerlang adalah antara petunjuk terkuat kejayaan masa depannya.

"Walaupun dengan momentum positif di rantau ini, CBI turut maklum akan halangan yang akan dihadapi oleh UAE, termasuk cabaran ketara berhubung pengagihan kekayaan yang adil dan saksama," kata FutureBrand dalam satu kenyataan.

Negara-negara lain yang termasuk dalam segmen Future Fifteen ialah Qatar, Estonia, China, Iceland, Mexico dan Brazil. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment