My Add

Saturday 6 October 2012

Malaysia masih teguh terima pelaburan asing - PM

KERTIH, SABTU, 06 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia masih berada pada landasan yang teguh dalam menerima pelaburan langsung asing (FDI) walaupun persekitaran ekonomi global dilihat tidak menentu.

Perdana Menteri berkata bagi suku pertama tahun 2012, negara mencatat kemasukan FDI bernilai RM13 bilion.

"Jelas terbukti bahawa para pelabur asing mempunyai keyakinan terhadap negara kita sebagai destinasi pelaburan pilihan utama," katanya ketika berucap pada majlis Pecah Tanah Loji Biometionina dan Tiokimia bersepadu di Taman Biopolimer Kerteh, di sini.

Projek bernilai RM2 bilion yang terletak di kawasan seluas 70 hektar itu merupakan projek kerjasama antara CJ CheilJedang dari Korea dan platform biokimia Arkema dari Perancis, yang bakal beroperasi pada Disember 2013.

Fasiliti bersepadu adalah yang pertama di dunia menggunakan proses penapisan dalam menghasilkan L-metionina, sejenis asid amino yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan haiwan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment