My Add

Saturday 6 October 2012

Sistem kewangan Islam Malaysia tarik minat banyak negara

BACHOK, SABTU, 06 Oktober, 2012: Pengurusan sistem kewangan Islam yang dilaksanakan di negara ini berjaya menarik minat banyak negara luar untuk turut melaksanakannya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ia berdasarkan maklum balas positif daripada banyak negara yang menyertai persidangan kewangan dunia di Tokyo baru-baru ini.

Beliau berkata, pada persidangan itu, Malaysia telah diberi penghormatan untuk membentangkan sistem pengurusan kewangan Islam yang dilaksanakan di negara ini.

"Maklum balas positif daripada negara luar diterima selepas persidangan berkenaan apabila ramai yang tertarik dan mula berfikir untuk mencuba pendekatan yang dilakukan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol dekat sini hari ini. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment