My Add

Tuesday 16 October 2012

MARA sasar lahir 500 jutawan

Oleh ANI AWANG
BUKIT MERTAJAM, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk melahirkan seramai 500 usahawan berstatus jutawan tulen menjelang 2015.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara, Datuk Mohd. Rosdi Ismail berkata, usahawan yang mahu dilahirkan itu dipilih dalam kalangan mereka yang mampu menjana pendapatan syarikat tidak kurang daripada RM2 juta setahun.

Setakat ini katanya, seramai 139 usahawan bertaraf jutawan telah berjaya dilahirkan.

"Untuk melahirkan usahawan tersebut, Mara akan memperluaskan rangkaian jaringan dan kerjasama perniagaan dengan jabatan dan agensi kerajaan, industri dan komuniti setempat secara lebih bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

"Usaha itu akan membolehkan Mara melahirkan 100 usahawan jutawan setiap tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Produk AFA Delight iaitu empat produk teh segera tanpa uncang di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment