My Add

Sunday 14 October 2012

MASwings sasar 1.5 juta penumpang tahun ini

KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Oktober, 2012: MIRI: MASwings Sdn Bhd (MASwings), anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) menyasarkan 1.5 juta penumpang tahun ini berbanding 1.4 juta tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, Datuk Mohd Nawawi Awang berkata, sasaran itu boleh dicapai berdasarkan pertumbuhan jumlah penumpang di kawasan yang dilalui MASwings selain kejayaan pelan pengembangannya di Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

"Faktor muatan kami juga meningkat dari 59 peratus pada 2008 kepada 64 peratus pada 2011," katanya pada majlis makan malam ulang tahun kelima MASwings di sini, malam tadi.

Nawawi berkata, Prestasi Ketepatan Masa (OTP) MASwings adalah yang terbaik di negara ini dengan purata 94 peratus didaftar tahun lalu dan dijangka mencapai hasil lebih positif tahun ini.

"Berdasarkan kejayaan itu, kami berani melebarkan operasi kami di BIMP-EAGA sejak Februari tahun ini, kami sedang melaksanakan fasa dua dan tiga rancangan pengembangan kami," katanya.

Pada Mei lalu, Nawawai mengumumkan pelaksanaan fasa dua bermula 1 Julai dengan menambah kekerapan penerbangan ke destinasi pilihan dan terbang ke laluan baharu.

Antara laluan baru ialah dari Kuching ke Balikpapan di Kalimantan Timur yang dijadual bermula bulan ini sementara di Filipina, ia menunggu kebenaran dari kerajaan Filipina untuk memulakan operasi di Pulau Palawan menjelang akhir tahun ini.
Syarikat penerbangan komuniti ini kini memiliki 10 unit ATR72-500s dan empat HDC-6 Twin Otters. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment