My Add

Sunday 14 October 2012

Pindaan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah perlu: Lam Thye

KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Oktober, 2012: Tindakan kerajaan untuk meminda Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah amat wajar dalam usaha menangani kes rogol bawah umur, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliu berkata, kes rogol, terutama yang membabitkan mangsa kanak-kanak bawah umur 16 tahun, adalah satu kesalahan yang serius di mana pesalah tidak boleh dilepaskan dengan hukuman ringan walaupun pesalah itu baru pertama kali melakukannya.

"Pesalah wajib dikenakan hukuman penjara dan tidak dibenarkan ikat jamin, serta harus menghapuskan bon jaminan berkelakuan baik atas budi bicara hakim," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa akta itu akan dipinda pada persidangan Parlimen akan datang di mana hakim tidak lagi dibenarkan menggunakan budi bicara mereka untuk mengurangkan hukuman yang sudah dijatuhi terhadap perogol di bawah umur.

"Jika pindaan ini tidak dibuat maka kes rogol ini akan menjadi lebih serius dan menimbulkan pandangan negatif daripada orang ramai terhadap kerajaan yang dianggap tidak memandang serius terhadap perkara ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment