My Add

Monday 15 October 2012

Misi minyak dan gas ke Kazakhstan berjaya


*SALAH satu pelantar minyak yang terdapat di Khazakhstan.

KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Oktober, 2012: Syarikat Malaysia berjaya menjana jualan sebanyak RM195 juta (AS$64 juta) ketika menyertai Misi Pemasaran Khusus (SMM) bagi minyak dan gas sempena Persidangan dan Pameran Minyak dan Gas Antarabangsa Kazakhstan (KIOGE) 2012.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Zakaria Kamarudin berkata, jualan tersebut dijana daripada pelbagai produk dan perkhidmatan.

"Ia meliputi perkhidmatan kejuruteraan, gasket, meterai dan sendi pengembangan, pengangkutan produk dan perkhidmatan halal, bahan-bahan radioaktif dan lain-lain.

"Syarikat-syarikat Malaysia mengadakan pertemuan dengan pulangan hasil yang banyak dan nilai jualan yang dijana adalah enam kali lebih daripada SMM sempena Forum Antarabangsa Ekonomi Dunia yang dianjurkan pada tahun lepas," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment