My Add

Monday 15 October 2012

Sabah dapat RM2.98 bilion dalam Bajet 2013

KUDAT, AHAD, 14 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM2.98 bilion diperuntukkan untuk Sabah dalam Bajet 2013 dan itu tidak termasuk bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) untuk keluarga berpendapatan rendah dan orang bujang yang layak.

Perdana Menteri berkata, peruntukan itu adalah untuk projek bekalan elektrik sebanyak RM400 juta, program bekalan air bersih (RM50 juta), jalan perhubungan desa (RM31.3 juta), projek agropolitan di Kota Belud Pitas (RM66 juta), projek perumahan rakyat di Putatan dan Sandakan (RM65 juta), projek loji air di Semporna (RM30 juta) dan projek kesihatan serta kolej komuniti di Tambunan.

"Bagi Kudat, projek rumah kedai di Pulau Bangga akan melibatkan kos RM3.06 juta, perumahan rakyat bernilai RM3.5 juta dan beberapa lagi projek yang menguntungkan rakyat.

"Sebuah masjid uzur dan daif di Kampung Air di sini juga akan menerima bantuan sebanyak RM2 juta, ditambah dengan jumlah sama oleh kerajaan negeri bagi membina sebuah masjid baru," katanya pada majlis Jelajah Janji Ditepati di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, pimpinan parti-parti komponen dan lebih 50,0000 rakyat yang memenuhi Kompleks Sukan Kudat.

Menurut Najib, sebuah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) akan dibina di Kudat ekoran kejayaan perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Bagi BR1M 2.0 pula, katanya, seramai 480,927 isi rumah di seluruh Sabah akan menikmatinya.

Sementara itu, Perdana Menteri memuji usaha kreatif penduduk Kudat yang memasang kain rentang pantun enam kerat yang digantung berhampiran dengan Masjid Kampung Air.

Beliau kemudiannya mengulangi semula pantun itu:

Dua tiga orang BN berjalan kaki,

BN bawa ke kampung kami,

Dua tiga pembangkang berjanji,

Satu pun tidak menepati,

Hanya BN menepati janji,

Kami kenang sampai mati. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment