My Add

Thursday 18 October 2012

MRT beri baki 38 kontrak bernilai RM2b menjelang akhir tahun

PETALING JAYA, KHAMIS, 18 Oktober, 2012:: Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka memberikan baki 38 kontrak bernilai kira-kira RM2 bilion menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Awam, Amir Mahmood Razak berkata, sebanyak 47 dari 85 kontrak bernilai lebih RM20 bilion dikeluarkan, yang mana 47 peratus daripada projek berkenaan diberikan kepada kontraktor Bumiputera.

"Baki projek itu bukanlah projek besar sangat, yang termasuk pakej sistem," katanya kepada taklimat media mengenai Kerja-kerja jejambat transit V2 MRT dari Kota Damansara ke Dataran Sunway, hari ini.

Ditanya mengenai laluan dua dan tiga MRT, Amir berkata kumpulan itu masih belum diberitahu mengenai kemajuan lanjut oleh kerajaan.

"Mereka masih melakukan kajian daya maju dan saya percaya rancangan mereka ialah untuk mengumumkan mengenai laluan itu sekurang-kurangnya pada separuh pertama tahun depan. Jika laluan baru itu akan diumumkan masa itu, kami dapat memberikan sesetengah kontrak baru menjelang akhir 2013. Itu adalah anggaran munasabah," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment