My Add

Wednesday 3 October 2012

Muhyiddin terima kunjungan hormat wakil UNICEF

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Oktober, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Malaysia, Wivina Belmonte, di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Turut hadir, wakil timbalan UNICEF di Malaysia Dr Victor Karunan serta pegawai pemantauan dan penilaian, Dr Nur Anuar Abdul Muthalib.
Pertemuan itu berlangsung kira-kira setengah jam.

Belmonte menerajui kepimpinan program negara UNICEF di Malaysia pada Julai 2012.

Warganegara Sepanyol dan Kanada itu menyertai UNICEF sejak 2001, dan sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan pengarah komunikasi di ibu pejabat UNICEF di New York.

Agensi PBB ini bertanggungjawab melindungi dan memelihara hak kanak-kanak dan generasi muda. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment