My Add

Thursday 18 October 2012

Musa Hassan nafi akan sertai Pas

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Oktober, 2o12: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan khabar angin yang tersebar dalam beberapa laman blog kononnya beliau akan menyertai Pas dalam tempoh terdekat.

Musa berkata, tidak ada sebab untuk rakyat Malaysia mempercayai khabar angin itu kerana beliau sendiri tidak berminat untuk melibatkan diri dalam mana-mana parti politik.

“Semua (khabar angin) itu tidak benar, saya tidak terlibat dalam mana-mana parti politik sejak saya bekerja dalam polis lagi.

“Jika ada pihak yang hendak membuat persepsi saya akan menyertai mana-mana parti, itu hak mereka, biarlah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sebuah laman blog baru-baru ini melaporkan khabar angin mengenai seorang bekas Ketua Polis Negara akan menyertai Pas dan nama Musa yang bersara daripada Polis Diraja Malaysia pada tahun 2010 lalu dikaitkan sebagai individu terlibat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment