My Add

Friday 12 October 2012

Amaran terhadap penjawat awam jadi 'tali barut' dedah maklumat
 *SULTAN  Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah 
berkenan menerima menghadap Ali Hamsa di Istana 
Kayangan, Shah Alam, semalam. - Bernama.

SHAH ALAM, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ali Hamsa memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang menjadi 'tali barut' dengan mendedahkan maklumat sulit kerajaan kepada pihak luar.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa memantau perkara tersebut dan akan memastikan individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak terlepas.

"Mendedahkan maklumat sulit kerajaan sememangnya merupakan perbuatan yang tidak berintegriti.

"Jika terjadi, kita akan menyiasat dan menyerahkannya kepada agensi yang bertanggungjawab mengambil tindakan dalam kes seperti ini. Contohnya jika perbuatan 'tali barut' itu melibatkan perbuatan rasuah, kita serah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment