My Add

Tuesday 9 October 2012

Negara dapat pujian
 *ORANG ramai mencuba menari tarian dari Malaysia bersama delegasi
Malaysia selepas Majlis Perasmian Minggu Malaysia 2012 di South Bank,
London, semalam. - BERNAMA
LONDON, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Minggu Malaysia 2012 di South Bank di sini bukan hanya memberi peluang kepada pengunjung merasai keunikan dan kepelbagaian budaya Malaysia tetapi mengetahui Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaiannya.

Seorang guru, Jackie Bishop, 46, bersama suaminya berkata, mereka pernah mendengar mengenai Malaysia tetapi tidak pernah mengunjunginya.

"(Minggu Malaysia) menakjubkan, hebat. Ia menarik untuk melihat banyak benda yang kami tidak tahu. Kami mahu ke Malaysia satu hari nanti," katanya.

Jackie, penduduk tempatan yang sedang menikmati rojak buah bersama suaminya, George Bishop, 55, turut teruja dengan batik yang dipamerkan.

Ditanya sama ada sambutan Minggu Malaysia sesuai diadakan di South Bank, beliau setuju ia diadakan di situ kerana ramai pengunjungnya.

"Kamu akan mendapat banyak pendedahan jika kamu lama di sini. Terdapat pelbagai orang dari serata dunia," tambahnya.

Bagi Evo pula, artis tatu ini pernah mendengar nama Malaysia terutama kerana kecantikan alam semula jadinya dan turut bercadang berkunjung satu hari nanti.

"Bila saya pergi ke Malaysia, saya akan masuk hutan. Saya suka hutan dan alam semula jadi. Saya fikir Malaysia tempat yang sesuai," katanya yang berasal dari Latvia.

Evo, 35, yang sedang menikmati sate bersama rakan-rakannya menganggap Malaysia mempunyai makanan yang lazat.

Wolftant Kiener, dari Bavaria, Jerman berkata, beliau kagum dengan pelbagai budaya, seni, kraf tangan dan makanan Malaysia.

Katanya, dengan adanya program seumpama itu, memberinya banyak pengetahuan mengenai Malaysia terutama tentang makanannya.

Seorang pelajar universiti, Steven Moloney, 23, turut menyifatkan Minggu Malaysia dapat mendekatkannya kepada Malaysia. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment