My Add

Friday 12 October 2012


Norizan tidak sanggup 'diuji' lagi

8NURSAKINAH Norizan yang cedera parah akibat kemalangan jalan raya di Kemaman masih berada di Unit Rawatan Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, semalam.


Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
KUANTAN 11 Okt. - Seorang suami, Norizan Othman yang kehilangan isteri dan tiga anaknya sekali gus dalam kemalangan ngeri di Kemaman, semalam, mengakui tidak sanggup 'diuji' lagi untuk kehilangan dua anaknya yang cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Norizan, 49, berharap kedua-dua anaknya, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, dapat diselamatkan kerana hanya mereka sahaja yang boleh memulihkan semangatnya kembali.

"Saya harap sangat mereka (Nursakinah dan Nursyafura) yang dirawat di Unit Rawatan Kecemasan (ICU) dapat diselamatkan, mereka sahaja yang saya ada sekarang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment