My Add

Friday 12 October 2012

PDRM digesa dedah hasil siasatan kes pengawal Anwar acu pistol

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 OktOber, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mendedahkan hasil siasatan kes tindakan pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacu pistol ke arah orang awam pada September lalu, kerana kegagalan berbuat demikian mampu menjejaskan kredibiliti badan beruniform tersebut.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mempersoalkan tempoh masa yang perlu diambil bagi menyiasat kes tersebut walaupun segala bukti telah dikemukakan.

Katanya, kegagalan mendedahkan kes tersebut dikhuatiri akan menimbulkan persepsi negatif orang awam terhadap kredibiliti pasukan polis dalam menjalankan tugas dengan adil.

"Selagi perkara itu tidak didedahkan kepada umum, sudah tentu semua akan berpendapat tindakan mengacu pistol kepada orang awam dibenarkan dalam undang-undang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment