My Add

Monday 15 October 2012

Norodom Sihanouk meninggal dunia


*RAJA Kemboja, Norodom Sihamoni (kanan) bersama bapanya yang juga bekas raja Kemboja, Norodom Sihanouk, berbual bersama pihak media ketika tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh, pada Oktober 2004. - Foto REUTERS

PHNOM PENH, ISNIN, 15 Oktober, 2012:: Norodom Sihanouk, bekas raja Kemboja yang menjadi tokoh yang berpengaruh besar dalam politik lebih enam abad, meninggal dunia hari ini.
Mendiang berusia 89 tahun.

Jurucakap Kerajaan Kemboja, Khieu Kanharith, berkata Sihanouk meninggal dunia awal hari ini di Beijing.

Sihanauk berlepas ke Beijing awal tahun lalu untuk mendapatkan rawatan.

Putera Sisowath Thomico, yang juga anggota keluarga diraja serta pembantu kepada Sihanouk, berkata bekas raja itu mendapat serangan jantung di sebuah hospital di Beijing.

“Kematiannya adalah satu kehilangan besar kepada Kemboja," kata Thomico.

Beliau berkata, sepanjang hidupnya Sihanouk banyak menabur jasa demi negara dan rakyat Kemboja.
Sihanouk adalah tokoh utama dalam politik Kemboja untuk lebih enam dekad tetapi melepaskan tampuk pemerintahan pada 2004 kerana kesihatannya yang semakin merosot.

Sihanouk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada anaknya, Norodom Sihamoni. - AP

No comments:

Post a Comment