My Add

Monday 15 October 2012

12 rumah kedai musnah dalam kebakaran

KAMPAR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Sebanyak 12 rumah kedai sederet musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian dianggar lebih RM400,000 di sini awal hari ini.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kampar, Zainuddin Mat Daud berkata, dalam kejadian pukul 1.45 pagi tadi, dua orang yang tinggal di sebuah kedai terbabit berjaya menyelamatkan diri.

Kebakaran membabitkan empat unit kedai kopi, dua kedai runcit dan satu unit kedai yang dijadikan stor menyimpan sayur-sayuran, manakala selebihnya kosong, katanya di sini.

Beliau berkata, empat jentera dengan 30 anggota digegas ke tempat kejadian namun ketika tiba deretan kedai yang dibina dengan papan terbabit sudah musnah 95 peratus  - BERNAMA

No comments:

Post a Comment