My Add

Friday 12 October 2012

Pas, DAP tetap bekerjasama

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA BHARU, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada ahli akar umbi.

Beliau berkata, Pas hanya akan memenangi pilihan raya jika meneruskan kerjasama itu kerana memerlukan sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan tidak tahu kenapa ramai ahli Pas yang mendakwa perjuangan parti itu sudah tersasar dan meminta mereka memberi penjelasan.

Katanya, DAP tidak pernah menganggu Pas sejak kerjasama antara kedua-dua parti terjalin sebaliknya masalah tersebut hanya mainan media milik UMNO.

"Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, dia tidak sebut kenapa kita beralah dengan DAP, keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita, " katanya. - UTUSAM

No comments:

Post a Comment