My Add

Friday 12 October 2012

Pemuda Pas turut bidas Mobashar

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Oktobr, 2012: Pemuda Pas hari ini menyatakan sokongan terhadap Datuk Dr. Haron Din yang membidas kenyataan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar kerana meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sesebuah negara

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, penegasan Timbalan Mursyidul Am Pas itu adalah jelas kerana Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syariat Islam.

‘‘Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen India itu ada mengeluarkan buku yang menganggap Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara. Jelas di dalam Pas, kita menolak fahaman sedemikian kerana lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal.

‘‘Masyarakat umum tahu bahawa Pas adalah sebuah parti yang berpandukan Islam. Islam adalah penyelesaian terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasaalahan negara,’’ katanya seperti dipetik dalam akaun laman sosial Facebook miliknya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment