My Add

Saturday 6 October 2012

Rakyat perlu tolak Kabinet bayangan pembangkang

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Rakyat perlu menolak Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang tidak menggambarkan sebuah pentadbiran telus dan integriti jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, rakyat tidak wajar meletakkan harapan tinggi dan tidak perlu membuang masa memilih pentadbiran yang mengamalkan kronisme dan nepotisme kronik.

''Datuk Seri Anwar Ibrahim berjuang dalam reformasi pada 1998 untuk menghapuskan amalan kronisme, rasuah dan politik rakan-rakan serta keluarga. Tetapi perjuangan beliau sekarang sangat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang turut menyenaraikan isteri Anwar iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan juga anaknya, Nurul Izzah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment