My Add

Monday 15 October 2012

Saifuddin Abdullah diingatkan jangan main politik dua wajah

KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Oktober, 2012: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah diingatkan tidak bermain 'politik dua muka' kerana amalan politik itu boleh menghancurkan permuafakatan dalam sesebuah organisasi.

Presiden Gerakan Reformasi Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang mendakwa serangan Barisan Nasional ke atas penyangak mata wang Yahudi, George Soros berpotensi 'memakan diri sendiri' tidak boleh diterima.

Menurutnya, Saifuddin sepatutnya meletakkan jawatan kerana gagal membezakan antara isu keselamatan negara dan isu politik iaitu antara kriteria penting yang perlu dimiliki seorang ahli politik.

"Sejak dahulu lagi Saifuddin sememangnya mempunyai kecenderungan berbaik-baik dengan pihak yang sepatutnya menjadi lawan.

"Beliau lebih suka mengambil jalan selamat kerana tidak mempunyai pendirian kukuh dalam berpolitik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh digesa meletakkan jawatan kerana gagal membezakan antara isu keselamatan negara dengan isu politik.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menegaskan, sebagai seorang pemimpin dalam Kabinet, Saifuddin sepatutnya boleh membezakan isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan dengan isu politik.

Mengulas lanjut, Ramlan berkata, Saifuddin sepatutnya mencontohi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertungkus-lumus memperjuang dan berpijak di landasan politik parti itu.

Katanya, sebagai individu yang berjawatan dalam parti, Saifuddin seharusnya berjiwa besar dalam mengangkat polisi kerajaan dan bukannya membuka peluang kepada pembangkang menyerang kerajaan seperti yang dilakukan beliau ketika ini.

Menurut beliau, sudah jelas kini Saifuddin tidak yakin dengan hala tuju parti sehingga sanggup 'tidur sebantal' dengan pembangkang melalui pendapat yang dikongsikan beliau.

"Sekiranya tidak yakin dengan UMNO, beliau boleh mengikut jejak bekas rakan sejawatannya dalam parti, Datuk Seri Lajim Ukin melepaskan jawatan dalam UMNO," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment