My Add

Friday 12 October 2012

Tee Yong persoal 'kertas putih'

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa telah mengubahsuai laporan kertas putih mengenai langkah pengutipan semula hutang daripada Talam Corporation Berhad (Talam).

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, Exco kerajaan negeri perlu tampil bagi menjawab perkara tersebut memandangkan tempoh yang diambil oleh kerajaan Selangor untuk mengeluarkan laporan itu adalah terlalu lama sehingga mencecah dua tahun.

Kata beliau, kerajaan negeri seharusnya menyediakan laporan audit lebih awal dan bukannya selepas dibangkitkan oleh pelbagai pihak sehingga menimbulkan keraguan terhadap Talam.

"Adakah apa-apa pengubahsuaian selepas dua tahun? Adakah ini 'politik yang dilindungi' dan kita lihat bila mereka buat audit dengan firma audit, KPMG Transaction & Restructuring Sdn. Bhd. (KPMG) pun belum tentu telus?" tanya beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment