My Add

Saturday 6 October 2012

Penambahbaikan dasar pendidikan babitkan tempoh 20 tahun

MARAN, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Kerajaan akan menambah baik dasar pendidikan negara untuk tempoh 20 tahun akan datang bagi melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran berfikir serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dasar pelajaran negara memerlukan transformasi memandangkan keupayaan dan kebolehan daya berfikir pelajar negara ini masih lemah dan jauh ketinggalan.

Katanya, penanda aras kebolehan berfikir pelajar negara ini dibuat berdasarkan keupayaan mereka menjawab soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan peperiksaan dalam kalangan pelajar dari negara-negara yang menyertai Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA).

‘‘Daripada 77 buah negara yang menjadi ahli PISA, pelajar kita menduduki tangga ke-55 dan ini jauh ketinggalan berbanding pelajar dari China, Hong Kong dan Singapura. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment