My Add

Saturday 6 October 2012

Jangan melampau dalam berpolitik - Hishammuddin

PETALING JA, JUMAAT,YA, 05 Oktober, 2012: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihatkan rakyat supaya jangan melampaui batas dalam berpolitik sehingga menjadikan kebencian atau kepentingan peribadi sebagai amalan untuk memburuk-burukkan kerajaan mahupun pemimpin Barisan Nasional (BN).

Menurutnya yang juga Menteri Dalam Negeri, amalan yang menjadi mainan politik pembangkang tidak seharusnya menjadi ikutan memandangkan mereka sering membangkitkan apa jua perkara termasuk isu perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka.

"Memandangkan sekarang merupakan musim politik, apa jua isu walaupun kes yang berlaku tahun lalu turut dibangkitkan pada masa ini.

"Begitu juga dalam soal perkahwinan, sepatutnya perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan memandangkan semua keluarga akan melalui fasa perkahwinan," katanya pada sidang akhbar di majlis pelancaran kecil Kempen Keselamatan Wanita di Sekolah Menengah Seafields hari ini. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment