My Add

Tuesday 16 October 2012

Penduduk Kg. Matahari Naik dapat perintah lanjut tarikh pindah

*SEKUMPULAN penduduk mengadakan demonstrasi secara aman menuntut bayaran setimpal bagi perpindahan mereka di Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Hampir 100 penduduk membabitkan 14 keluarga di Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar di sini yang sedang berdemonstrasi bersorak kegembiraan selepas dimaklumkan permohonan mereka untuk melanjutkan notis berpindah diterima oleh mahkamah.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Syed Amerruddin Syed Ahmad yang hadir ketika mereka sedang berhimpun bagi menuntut pemilik tanah menyediakan rumah baharu dan memberi pampasan setimpal sebelum diarah berpindah.

Syed Amerruddin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya yang berjaya mendapatkan penangguhan daripada mahkamah. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment