My Add

Monday 1 October 2012

Pengurangan subsidi tidak bebankan rakyat

KOTA BHARU, AHAD, 30 September, 2012: Pengurangan subsidi gula yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013 tidak akan membebankan rakyat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, kenaikan harga gula tersebut amat rendah dan tidak mendatangkan kesan yang besar kepada rakyat.

Beliau berkata, selain itu, ia juga mendorong rakyat supaya tidak menggunakan gula secara berlebihan yang boleh memudaratkan.

“Ada rakyat Kelantan mempertikaikan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen. Perlu diingat walaupun dikurangkan subsidi, kerajaan masih menanggung subsisidi sebanyak 36 sen sekilogram.

“Kalau kita mengandaikan sebuah keluarga menggunakan dua kilogram gula, kadar tambahan yang perlu dibayar untuk penggunaan gula hanya RM20 setahun.

“Ia amat kecil kalau dibandingkan dengan kebaikan serta manfaat yang diperoleh melalui bajet ini. Kenaikan harga gula ini boleh ditampung melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan persekolahan, jadi kita harap rakyat tidak memperbesar-besarkan isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, Najib mengumumkan subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula semalam.

Pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.

Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, pihaknya akan memberikan penerangan yang secara menyeluruh kepada rakyat mengenai Bajet 2013.

"Bajet ini diterima baik oleh rakyat, bajet ini memberikan kelegaan kepada rakyat bagaimanapun kita perlu memberikan penerangan supaya rakyat benar-benar memahaminya.

"Semua ini disebabkan keadaan politik kita yang stabil dan kita akan memberi taklimat kepada perubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak-pihak lain mengenai bajet ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment