My Add

Monday 1 October 2012

SMP pelawa lepasan pelajar ikuti kursus kemahiran jangka pendek
*Noraini Nordin (tengah) bergambar bersama 130 pelajar yang menyertai Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi anjuran Sekretariat Malaysia Prihatin dengan kerjasama Utusan Malaysia di SMK Seri Nibong, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.
NIBONG TEBAL, AHAD, 30 September, 2012: Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) mempelawa lepasan sekolah untuk mengikuti kursus kemahiran jangka pendek yang dianjurkannya dengan kerjasama rakan strategik di beberapa negeri.

Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin berkata, kursus tersebut akan memberi peluang kepada lepasan pelajar untuk menguasai kemahiran tertentu seperti program pembenihan hutan tropika, pertanian, seni landskap, seni bina, teknologi maklumat dan multimedia.

"Mereka yang menamatkan kursus itu akan diberikan sijil," katanya ketika berucap dalam Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong (SMKSN) di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment