My Add

Monday 1 October 2012

Melayu perlu ambil pengajaran pengakuan bekas Naib Pengerusi DAP

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 September, 2012: Rakyat terutama orang Melayu perlu mengambil pengajaran daripada pengakuan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa penyertaannya dalam parti itu merupakan satu kesilapan besar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pengakuan ikhlas itu sepatutnya membuka mata orang Melayu bahawa dasar dan perjuangan DAP tidak pernah berubah sejak dahulu iaitu bersifat perkauman.

"Orang Melayu dalam DAP hiasan sahaja, amalan mereka sejak dahulu tidak menghormati asas Perlembagaan dan bersifat cauvinis serta sentiasa bermain api perkauman bagi mengekalkan sokongan orang Cina.

"Orang macam Tunku Abdul Aziz pun boleh dipermainkan mereka, apatah lagi ahli-ahli biasa yang hanya menjadi pak turut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment