My Add

Wednesday 17 October 2012

Penyertaan peniaga Cina dalam program Tukar masih kurang

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Oktober, 2012: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap lebih ramai peniaga runcit kaum Cina memanfaatkan Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) kerana bilangan mereka masih rendah.

Beliau berkata, tahun lalu peserta kaum Cina hanya tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan, manakala untuk tempoh 10 bulan tahun ini cuma empat peratus.

"Saya berharap peniaga Cina yang mendominasi bidang peruncitan di negara ini dapat mengubah persepsi mereka dan menyertai Tukar bagi mempertingkatkan daya saing perniagaan mereka.

"Kita telah melantik dua koperasi milik kaum Cina sebagai konsultan mereka bagi menyertai Tukar iaitu Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) dan Koperasi Peralihan Usahawan Cina Malaysia (KPUCM)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Tukar Meulur Sejahtera Enterprise di sini hari ini.

Menurutnya, program Tukar berjaya mencapai Indeks Prestasi Utama apabila 522 kedai runcit ditransformasikan setakat ini, melebihi sasaran 500 kedai runcit setahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment