My Add

Sunday 21 October 2012

Penyokong Kelantan maut motosikal terbabas di Kuantan

KUANTAN, SABTU, 20 Oktober, 2012:: Seorang penyokong bola sepak Kelantan maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis dekat Raub, pagi tadi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata dalam kejadian jam 9 pagi itu mangsa, Muhamad Saiful Daud, 19, dari Kampung Manek Urai Lama, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. 

"Mangsa dan rakannya dikatakan sedang dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu ATM, malam ini," katanya di sini, hari ini.

Rakan mangsa berusia 20-an yang mengalamai cedera parah dirawat di Hospital Raub (HR), katanya.

Mohamed Fauzi berkata, pihak polis telah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kejadian itu. Mayat mangsa dihantar ke HR untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment