My Add

Sunday 21 October 2012

Pertempuran di Filipina tiada kaitan dengan pelan damai: MILF

MANILA, AHAD, 21 Oktober, 2012:: Kumpulan pemberontak Islam terbesar Filipina berkata pertempuran terbaru antara beberapa pejuangnya dan puak yang berpecah berpunca daripada pertelingkahan puak yang menentang pelan damai yang dimeterai baru-baru ini.

Petempuran Khamis lalu di sebuah perkampungan di bandar Mamasapano, selatan wilayah Maguindanao itu membabitkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kumpulan yang berpecah daripada Pergerakan Pembebasan Islam Bangsamoro. 

Susulan kejadian itu, dua terbunuh manakala empat yang lain cedera. - AP

No comments:

Post a Comment