My Add

Sunday 21 October 2012

Kanak-kanak lelaki warga Kemboja ditemui mati

KLANG, AHAD, 21 0ktober, 2012:  Seorang kanak-kanak lelaki warga Kemboja berusia lima tahun ditemui mati dalam bungkusan kain yang ditutup dengan daun-daun di bawah sebatang pokok sukun yang dikelilingi semak di Jalan Bawal, Off Jalan Sungai Udang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop berkata, mayat Sy Rasikin Sy Ismail dengan kesan lebam di muka dan kuku pada leher kanannya, ditemui bapanya, Set El It, 35, kira-kira 30 meter dari rumah mereka di kawasan itu pada 11.57 malam.

"Selepas dijumpai, mangsa dibawa ke sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini tetapi telah disahkan meninggal dunia.

"Ibu mangsa berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada kira-kira 6 petang semalam sebelum anaknya keluar seorang diri dan bermain di kawasan rumahnya,” katanya.

Mohamad berkata, susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga Kemboja berusia 19 dan 21 tahun, yang kedua-duanya bekerja sebagai tukang jahit.

Beliau berkata, seorang daripada suspek mengaku menampar mangsa kerana mendakwa mangsa mengejeknya ‘gila’.

Kedua-dua suspek kemudian membungkus mangsa ke dalam kain sebelum membuang mangsa di bawah pokok sukun itu, katanya.

"Suspek dibawa ke hospital untuk menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) DNA & toksikologi,” katanya.

Mohamad berkata, bedah siasat ke atas kanak-kanak itu menunjukkan beliau meninggal dunia akibat lemas.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment