My Add

Thursday 11 October 2012

Polis beri amaran serangan di Bali
*Gambar bertarikh 13 Oktober 2002, merakamkan polis dan orang ramai 
berkumpuldi lokasi serangan bom di Kuta, berhampiran Denpasar, pulau 
peranginanBali, Indonesia. - AFP
JAKARTA, RABU, 10 Oktober, 2012: Polis Indonesia hari ini memberi amaran tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas pada majlis memperingati ulang tahun ke-10 kejadian serangan bom di Bali, Jumaat ini.

Timbalan Ketua Polis Bali, Ketut Untung Yoga, bagaimanapun berkata, pihaknya telah bersedia memperkukuhkan kawalan keselamatan bagi melindungi beribu-ribu pelancong dan orang kenamaan yang dijangka hadir meraikannya, termasuk Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

"Daripada maklumat yang kami kumpulkan, terdapat petunjuk tentang rancangan yang disasarkan kepada orang kenamaan yang akan hadir," katanya.

Menurut beliau, sebanyak 118 anggota pasukan keselamatan dari Jakarta diterbangkan ke Bali untuk membantu 1,003 pegawai polis di pulau itu, bagi memastikan keselamatan para tetamu yang hadir sepanjang majlis itu berlangsung.

Sebanyak 4,000 pelancong asing dijangka hadir pada majlis itu.

Majlis peringatan akan diadakan di beberapa tempat di Bali termasuk pantai Kuta, lokasi kejadian serangan itu, yang berlaku pada 12 Oktober 2002.

Dalam kejadian 10 tahun lalu itu, sebanyak 202 orang terbunuh termasuk 88 warga Australia dan menjadi titik perubahan buat Indonesia dalam usaha memerangi kegiatan pengganas. - REUTERS

No comments:

Post a Comment