My Add

Monday 15 October 2012

Suaram boleh dihukum hina mahkamah Perancis?

KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Oktober, 2012: Tindakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan pembangkang menabur fitnah kononnya terdapat penemuan dokumen komunikasi dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene jelas merupakan penghinaan terhadap institusi kehakiman negara Eropah tersebut.

Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong (gambar) berkata, hakim Perancis iaitu Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang sedang menyiasat kes itu memberi amaran pihak terlibat termasuk Suaram tidak boleh memberi komen mengenai kes tersebut atau dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Katanya, Suaram boleh dikenakan tindakan itu jika terdapat pihak membuat laporan berhubung perkara tersebut kepada pihak berkuasa Perancis.

"Kehebatan proksi National Endowment for Democracy (NED) iaitu Suaram membawa isu rasuah kapal selam ke muka pengadilan Perancis menyebabkan mulut mereka sendiri terkunci tanpa boleh membicarakan hal-hal berkaitan aduan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment