My Add

Friday 26 October 2012

Sasar rawat 100,000 pelarian

MAFRAQ, KHAMIS,25 Oktober, 2012: Pasukan perubatan sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Pelarian Syria di Jordan mensasarkan untuk merawat lebih 100,000 pelarian Syria di kem Zatari, di utara Jordan.

Pasukan perubatan sebanyak 11 orang doktor yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran seperti pakar kanak-kanak, pakar sakit puan, pakar kulit dan orthopedik itu telah mula membuka klinik sementara di kem Zatari di Mafraq, semalam.

Ketua pasukan perubatan, kapten (B) Dr. Kassim Abdul Rahim berkata, mereka menyasarkan bagi merawat 10,000 orang pelarian Syria untuk setiap doktor sepanjang tempoh empat hari mereka membuka klinik sementara di kem itu.

Katanya, mereka juga akan membuka bilik bersalin di kem tersebut bagi memberi kemudahan kepada wanita-wanita di kem Zatari yang mahu melahirkan anak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment